
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Fotograf iaitu arwah Shamrin. Kumpulan ni pernah menjadi fenomena pada satu ketika dahulu dan aku pernah membawakan lagu arwah semasa memasuki pertandingan nyanyian peringkat daerah Pasir Mas (dulu artis woo) masa sekolah rendah dulu...tajuk lagu tu errrr..dari pintu ke pintu ke tak salah aku.Aku ingatkan nak bawa lagu di alam fana cinta tapi nafas tak sampai...pitching lari.
Ok..kenapa aku sebut pasal arwah ni...tujuan aku bukan nak cerita sangat tentang profil arwah ni sebab aku pun bukan kenal sangat pun.Cuma aku nak cerita tentang fenomena masyarakat apabila seseorang artis meninggal. Aku tak terkejut jika lepas ni ada album kompilasi lagu arwah yang akan diterbitkan...mungkin tajuk album " Koleksi Terbaik Shamrin"..."Koleksi emas Shamrin" dan pelbagai tajuk album.Aku dah muak dengan orang yang ambil kesempatan macam ni. Mengambil keuntungan diatas sesuatu keadaan.
Orang kita selalu menghargai insan yang telah tiada.Dimana relevannya penganugerahan Tan Sri, Dato' kepada orang yang telah meninggal dunia.Adakah insan itu masih hidup kita pedulikan nasib dia.Kita tengok arwah Tan Sri P.Ramlee, semasa beliau hidup pada tahun-tahun 70'an sebelum kematian beliau bagaimana masyarakat melayan arwah. Arwah hidup dalam keadaan susah, miskin, arwah kecewa dan sedih orang kita sendiri layan beliau macam tu.Lebih teruk lagi dengan penghinaan yang dilakukan oleh media terhadap beliau dan juga rancangan sulit untuk menjatuhkan arwah. Dan selepas beliau pergi barulah kita sibuk-sibuk nak agung-agungkan arwah. Semasa beliau hidup pernah ke orang peduli arwah,tiada siapa yang tolong arwah semasa beliau berpindah balik dari Singapura ke Malaya.
Aku merasakan kesilapan arwah adalah beliau balik ke Malaya pada masa itu. Kalau dia tetap dengan produksi Shaw Brothers dan terus menetap di Singapura tentu keadaan menjadi sebaliknya. Maaf jika ulasan aku mengundang kontroversi, tetapi itu pendapat aku kerana media dan orang-orang Malaya pada masa itu sibuk menghentam arwah. Setiap filem yang dihasilkan oleh arwah (selepas balik dari Singapura arwah menjadi direktor di Studio Merdeka di Jalan Ampang) mendapat kritikan dan komen-komen yang boleh membunuh karier beliau. Kalau difikirkan memanglah filem yang dibuat di Merdeka Studio rendah kualitinya kerana peralatan produksi di Studio Merdeka adalah ketinggalan zaman berbanding apa yang terdapat di Shaw Brothers. Arwah pernah memohon pinjaman dan juga pertolongan tetapi ditolak mentah-mentah diburukkan lagi dengan penamatan kontrak beliau dengan syarikat rakaman EMI yang banyak jasanya dengan P.Ramlee, dan pada tahun-tahun kematian beliau adalah menyedihkan kerana memang arwah jatuh teruk dan pernah di 'boo' semasa membuat persembahan.
Sekarang kita tengok filem P.Ramlee, kita dengar lagu P.Ramlee, kita masih tertawa dengan keletah Ramlee, Ajis dan Sudin. Budak-budak masih tergelak dengan perangai Do Re dan Mi, kita masih ingat dengan pahlawan negara Sarjan Hassan yang gagah perkasa, kita masih menaruh perasaan sedih dan kasihan dengan Amran si penarik beca. Kita juga masih geram dengan perlakuan biadap Sazali....tetapi kenangan tinggal kenangan. P.Ramlee meninggalkan khazanah yang tidak terhingga kepada kita, setiap filem dan lagu akan terus berkumandang tanpa henti.Kita pernah melenting pada masa dulu Singapura hendak mengambil P.Ramlee sebagai khazanahnya tetapi layakkah kita untuk mengaku P.Ramlee sebagai khazanah negara setelah apa yang telah kita lakukan semasa beliau hidup. Secara kasarnya ya memang P.Ramleee milik negara kerana P.Ramlee memilih untuk tinggal di Malaya dan dilahirkan di Malaya tetapi secara realitinya P.Ramlee tetap milik Shaw Borthers. Setiap sen royalti filem yang ditayangkan akan tetap milik Shaw Brothers sebab P.Ramlee adalah aset produksi tersebut. Kita hanya menumpang nama dan keluarga arwah tidak dapat royalti filem. Amat menyedihkan sekali....
Apa yang aku suka mengenai arwah adalah skrip beliau yang mendahului zaman..." Jaga-jaga Cik Salmah, sekarang ni lelaki lebih berharga tau"...wassalam..
No comments:
Post a Comment