Monday, November 29, 2010

Korea..

Salah satu peperangan dalam dunia yang tak pernah isytihar damai adalah perang Korea.Peperangan berasaskan ideologi Komunis dan kapitalis yang terus berleluasa. Korea Utara sampai sekarang masih dengan pegangan komunisnya yang masih menebal dan tak ditembusi oleh mana-mana pihak.Negara yang misteri dan samseng di mata dunia sehingga Amerika Syarikat pun fikir 2 kali untuk menyerangnya. Baru-baru ni ketegangan antara keduanya memuncak dan akhirnya Korea Utara melancarkan lebih kurang 100 bedilan meriam ke arah Pulau YongPeong yang mengakibatkan masyarakat menjadi pelarian dan 4 orang maut.

Korea Utara melancarkan bedilannya kerana pihak Korea Selatan menjalankan aktiviti ketenteraan di YongPeong yang terlalu dekat dengan sempadan Korea Utara dan jika latihan ini dilakukan kemungkinan bedilan-bedilan latihan ketenteraan akan memasuki sempadan Korea Utara.Korea Utara telah memberi amaran bahawa dia akan menyerang jika amaran tidak diendahkan dan sememangnya korea selatan juga ingin menunjukkan taringnya....apa kesudahan perang ni...kita sama-sama memerhatikan...oh ya..RON 97 juga dijangka naik esok..kih3..itulah kesimpulannya..so sweet..minyak naik lagi...

Friday, November 26, 2010

laptop rosak

Laptopku rosak...aku pun tak tahu bila laptopku akan sembuh,virus atau LCD nya rosak aku pun tak tahu..pelbagai perkara dalam benak fikiran yang ingin diluahkan secara lebih tersusun dan terperinci tetapi tak boleh dilakukan dalam masa singkat sekarang. Dengan laptop teman akur rasa tak diizinkan berbuat demikian...aku lebih suka menaip dalam keadaan santai dan rileks..bukannya dalam keadaan tergesa-gesa..maafkan aku kalian...nanti kita jumpa lagi

Thursday, November 18, 2010

Upgrade..

Ofis masih lagi senyap sunyi tiada orang kerja.Aku meneruskan kerja seperti biasa tanpa sebarang masalah....ramai kawan-kawan dah beroleh kerja baru yang semestinya lebih baik dari sekarang.Aku terfikir jugak bila aku nak dapat kerja baru ekk..interview dah lama aku tak pergi...orang pun dah lama tak panggil aku interview....aarrr camna tu....uii bestnya kalau dapat tukar persekitaran baru..bukannya sekarang ni tak best, tapi sebagai manusia kita kena tingkatkan diri kita pada tahap yang lebih baik. Bukan tak bersyukur tapi kena upgrade diri kita..

Sekarang ni rancangan aku nak upgrade kan lagi bahasa Inggeris aku yang tunggang langgang bila aku speaking...kesian aku tengok pelancong ternganga bila aku cakap Inggeris ngan dia..bukan terpegun..tapi tak paham..hihihi, dan bila aku terangkan banyak kali baru dia paham, tu pun bila aku dah start berpeluh..pelik bila aku baca paper Star paham pulak aku..bila speaking kelam kabut pulak. Sekarang ni pun interview kerajaan pun dah speaking apatah lagi kalau swasta. Ianya bergantung pada persekitaran, kalau kita banyak speaking ngan orang pandai le kita..tapi bila nak speaking je orang dah tengok lain macam...camna tu....

Tuesday, November 16, 2010

Seorang Lelaki Bujang...


Hehehe...memang mengada-ngada betul aku ni..baru berapa jam post blog another blog aku tulis...entah rasa macam ada sesuatu yang nak diluahkan pasal pengorbanan ni.Dah berapa banyak pengorbanan yang kita lakukakan dan dah berapa banyak orang berkorban untuk kita..spesifik lagi keadaan kita contohnya sebagai orang bujang,apa yang kita dah korbankan untuk ibu-bapa atau adik-adik kat kampung..berapa sebulan duit yang kita hantar...cukup ke tidak..tak mengapa bergantung kepada keupayaan masing-masing yang penting hantar duit ok...walaupun ibu-bapa kita dah memang ada duit atau memang dah kaya itu bukan bermakna alasan kita tak hantar..sikit pun jadi ler..buat berkat ibu-bapa...walaupun diorang kata tak mengapa.."takpalah nak...emak tak apa-apa pun kat kampung ni..ada duit ni haaa"..korang jangan tak bagi...emak kita selalu menipu kita untuk tak nak susahkan kita..kita hantar juga dan barulah tidur kita lena...

Aku tulis ni sebab terasa aku tak balik kampung raya tahun ni..rasa bersalah sangat, aku telefon mak aku tadi dengar suara dia, untuk lepaskan rindu di dada..walaupun aku bukan anak manja tapi aku tak nak jadi anak yang lupakan kedua ibu-bapanya,walaupun jauh tetapi dekat dihati..aku mintak tolong sangat-sangat...tolonglah doakan kedua ibu-bapa kita lepas solat..itu semua untuk kebahagiaan kita dunia akhirat..tak kiralah yang masih hidup apa lagi yang telah meninggal dunia, sesiapa yang bermasalah dengan ibu bapa tu cepat-cepatlah settlekan sebelum diorang pergi atau kita dulu yang pergi..tak sempat mintak maaf mati naya ooii..

Lelaki bujang juga cenderung untuk dijadikan pilihan bos mereka dalam melaksanakan tugas-tugas add hoc yang orang dah berumahtangga tak boleh nak buat..contohnya macam musim perayaan nilah..hahaha...tambah-tambah lagi kalau yang dah memang berasal kat Lembah Klang ni alamatnya nantilah korang..terpaksalah stay back cover kerja-kerja yang ditinggalkan oleh officemate..huhh siapa kata lelaki bujang kurang tanggungjawabkan.

Masa jadi bujang sebenarnya adalah masa untuk belajar...inilah masanya kita mengumpul ilmu pengetahuan sebelum ke era perkahwinan terutamanya ilmu agama. Masa kita bujang ni lah masanya kita nak belajar jadi imam, jadi bilal dan sebagainya berkaitan agama untuk mendidik isteri dan anak-anak kita kemudian hari...ni aku ada dengar cerita anak baru lahir pun suruh orang lain yang azankan...apa punya lelaki le macam ni...tu azan..kalau pak mentua suruh jadi imam tak tau le macamana..elakkan jadi macam ni ok..so sebagai lelaki bujang inilah masanya untuk kita memperbaiki diri kita sebelum beranjak ke satu tahap yang lebih mencabar iaitu sebagai seorang suami..seorang ayah..seterusnya seorang datuk kalau sempat dan diizinkan Allah sampai pada tahap itu...wassalam

Monday, November 15, 2010

Korban...

Raya haji bakal muncul lagi dengan aku bekerja di hari raya di bumi KL yang bertuah ini.Tahun lepas aku dah tak balik tahun ni pun sama...pergi ofis dimaklumkan anda hanya dapat cuti sebelum raya..sebelum raya buat apa..tak balik le aku kali ni.Tahniah sekian terima kasih...huhu...maafkan anakanda ini wahai ummi dan abah..anakanda terkandas lagi tahun ni untuk pulang beraya. Nanti lepas raya anakanda balik kampung. Aku nak habiskan cuti untuk tahun ini.Inilah namanya pengorbanan...

Saturday, November 13, 2010

Artis...


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Fotograf iaitu arwah Shamrin. Kumpulan ni pernah menjadi fenomena pada satu ketika dahulu dan aku pernah membawakan lagu arwah semasa memasuki pertandingan nyanyian peringkat daerah Pasir Mas (dulu artis woo) masa sekolah rendah dulu...tajuk lagu tu errrr..dari pintu ke pintu ke tak salah aku.Aku ingatkan nak bawa lagu di alam fana cinta tapi nafas tak sampai...pitching lari.

Ok..kenapa aku sebut pasal arwah ni...tujuan aku bukan nak cerita sangat tentang profil arwah ni sebab aku pun bukan kenal sangat pun.Cuma aku nak cerita tentang fenomena masyarakat apabila seseorang artis meninggal. Aku tak terkejut jika lepas ni ada album kompilasi lagu arwah yang akan diterbitkan...mungkin tajuk album " Koleksi Terbaik Shamrin"..."Koleksi emas Shamrin" dan pelbagai tajuk album.Aku dah muak dengan orang yang ambil kesempatan macam ni. Mengambil keuntungan diatas sesuatu keadaan.

Orang kita selalu menghargai insan yang telah tiada.Dimana relevannya penganugerahan Tan Sri, Dato' kepada orang yang telah meninggal dunia.Adakah insan itu masih hidup kita pedulikan nasib dia.Kita tengok arwah Tan Sri P.Ramlee, semasa beliau hidup pada tahun-tahun 70'an sebelum kematian beliau bagaimana masyarakat melayan arwah. Arwah hidup dalam keadaan susah, miskin, arwah kecewa dan sedih orang kita sendiri layan beliau macam tu.Lebih teruk lagi dengan penghinaan yang dilakukan oleh media terhadap beliau dan juga rancangan sulit untuk menjatuhkan arwah. Dan selepas beliau pergi barulah kita sibuk-sibuk nak agung-agungkan arwah. Semasa beliau hidup pernah ke orang peduli arwah,tiada siapa yang tolong arwah semasa beliau berpindah balik dari Singapura ke Malaya.

Aku merasakan kesilapan arwah adalah beliau balik ke Malaya pada masa itu. Kalau dia tetap dengan produksi Shaw Brothers dan terus menetap di Singapura tentu keadaan menjadi sebaliknya. Maaf jika ulasan aku mengundang kontroversi, tetapi itu pendapat aku kerana media dan orang-orang Malaya pada masa itu sibuk menghentam arwah. Setiap filem yang dihasilkan oleh arwah (selepas balik dari Singapura arwah menjadi direktor di Studio Merdeka di Jalan Ampang) mendapat kritikan dan komen-komen yang boleh membunuh karier beliau. Kalau difikirkan memanglah filem yang dibuat di Merdeka Studio rendah kualitinya kerana peralatan produksi di Studio Merdeka adalah ketinggalan zaman berbanding apa yang terdapat di Shaw Brothers. Arwah pernah memohon pinjaman dan juga pertolongan tetapi ditolak mentah-mentah diburukkan lagi dengan penamatan kontrak beliau dengan syarikat rakaman EMI yang banyak jasanya dengan P.Ramlee, dan pada tahun-tahun kematian beliau adalah menyedihkan kerana memang arwah jatuh teruk dan pernah di 'boo' semasa membuat persembahan.

Sekarang kita tengok filem P.Ramlee, kita dengar lagu P.Ramlee, kita masih tertawa dengan keletah Ramlee, Ajis dan Sudin. Budak-budak masih tergelak dengan perangai Do Re dan Mi, kita masih ingat dengan pahlawan negara Sarjan Hassan yang gagah perkasa, kita masih menaruh perasaan sedih dan kasihan dengan Amran si penarik beca. Kita juga masih geram dengan perlakuan biadap Sazali....tetapi kenangan tinggal kenangan. P.Ramlee meninggalkan khazanah yang tidak terhingga kepada kita, setiap filem dan lagu akan terus berkumandang tanpa henti.Kita pernah melenting pada masa dulu Singapura hendak mengambil P.Ramlee sebagai khazanahnya tetapi layakkah kita untuk mengaku P.Ramlee sebagai khazanah negara setelah apa yang telah kita lakukan semasa beliau hidup. Secara kasarnya ya memang P.Ramleee milik negara kerana P.Ramlee memilih untuk tinggal di Malaya dan dilahirkan di Malaya tetapi secara realitinya P.Ramlee tetap milik Shaw Borthers. Setiap sen royalti filem yang ditayangkan akan tetap milik Shaw Brothers sebab P.Ramlee adalah aset produksi tersebut. Kita hanya menumpang nama dan keluarga arwah tidak dapat royalti filem. Amat menyedihkan sekali....

Apa yang aku suka mengenai arwah adalah skrip beliau yang mendahului zaman..." Jaga-jaga Cik Salmah, sekarang ni lelaki lebih berharga tau"...wassalam..

Thursday, November 11, 2010

Nak kasi blog cantik sikit weii...

Memandangkan dah ramai yang lawat blog aku walaupun tak follow jadi aku berkira-kira juga nak cantikkan blog aku ni.Segan jugak aku tengok blog aku yang tak seberapa ni.Macam orang datang rumah kita ler..tapi rumah kita kosong takde apa.Sebenarnya aku tak berapa mahir lagi pasal nak godek-godek blog ni..bukannya aku malas tapi kurang mahir, menulis tau le aku.So kepada sesiapa yang melawat tu mintak maaf lah yer pasal blog aku ni tak ler cantik...kosong semacam je..tak macam blog orang lain, siap ada lagu bagai.Takpa aku akan develope blog aku ni seiring dengan kualiti blog aku. Kalau blog cantik tapi isi tarak pun tak guna jugak bro....kalau ada apa komen membina kasi tau le yer..aku ni insan biasa yang serba serbi kurang..Wassalam

Tuesday, November 9, 2010

Bulusan


Memang dah jadi tabiat gunung berapi, jika salah satu meletus kemungkinan yang sekitarnya akan meletus juga. Selepas Merapi sekarang ni Gunung berapi Bulusan pula menunjukkan tanda-tanda untuk meletus,nampaknya pada tahun ini kerak gunung berapi amat sibuk sekali.. dan hari ini gempa bumi berlaku pada skala 5 skala ritcher di Indonesia...kita akan lihat perkembangan gunung Bulusan ini dalam masa terdekat..be prepared

Friday, November 5, 2010

Merapi


Gunung Merapi meletus lagi...atas ketentuan Ilahi dia memuntahkan debu yang panas dan boleh membawa maut kepada kehidupan di sekitarnya..Ia meletus pada waktu pagi sedang penduduknya sedang tidur..dianggarkan 54 orang maut dan dijangka meningkat ..pakar gunung Merapi pun dah pening kepala kerana dah tak tahu nak jangka bila lagi ia akan meletup...dan aku rasa gempa bumi pun akan berlaku (prediction saja) sebab pergerakan plat masih aktif di lingkaran gunung berapi dan kawasan-kawasan pulau Indonesia...sama-samalah kita berdoa semoga dugaan ini akan berakhir secepat mungkin.Kita di Malaysia pun apa kurangnya..banjir di kawasan utara negara masih belum pulih dan Kelantan baru sahaja dinaiki air.Puting beliung yang muncul kat Perlis tu pun menimbulkan persoalan banyak pihak adakah Malaysia sudah terdedah dengan fenomena alam sekitar yang selama ini kita hanya ketahui hanya terdapat di Amerika Syarikat..dan seperti biasa kita melaporkan puting beliung itu tidaklah serius..tidak serius??...apakah puting beliung yang menerbangkan van dan bumbung rumah dikatakan tidak serius...pening aku baca laporan akhbar macam tu..

Thursday, November 4, 2010

..Deepavali.

Sekarang kedengaran dentam dentum bunyi mercun..esok Deepavali..nak wish ker...apa maksud sebenar Deepavali sebenarnya..ia merupakan hari Diwali yang disambut oleh masyarakat Hindu..dan merupakan hari kebesaran mereka...aku bukannya nak sanggah perasaan muhibbah dalam rakyat Malaysia..tetapi setelah membaca sejarah Deepavali aku rasa sebagai orang Islam aku rasa lebih selamat tak wish sebab ia melibatkan persoalan agama...melibatkan dewa-dewa mereka ...aku rasa tak selesa..dan aku hanya menganggap Deepavali hanyalah hari cuti sahaja tak lebih dari itu..

Wednesday, November 3, 2010

...tension weiii...


...Seorang kakak memarahi adiknya kerana sibuk berfb sedangkan adiknya itu agaknya sibuk dengan assignment yang perlu dihantar 2-3 hari lagi...memang adiknya itu perlu dimarahi,tetapi memarahi dengan menghantar komen dalam post adiknya itu adalah tidak wajar sama sekali...bukankah ini akan menjatuhkan air muka adiknya sendiri.Maaf kalau agak beremosi tetapi aku juga sebagai kawan mereka rasa tak puas hati apa yang berlaku..sekarang aku tengah pikir apa yang aku nak buat.Nak biarkan saja atau nak tegur si kakak..kalau nak tegur nak post komen ke nak hantar message....uhhh dilema,,kesian adiknya tu..sampai adiknya delete komen si kakak dan si kakak pula mempersoalkan kenapa adiknya buat begitu...aduyaii tak paham ke..mesti le si adik ni malu kalau kawan-kawan dia baca...kalau nak marah tu agak-agak le..hantar le message ke..sms ke, jangan le marah di ruangan yang semua orang lain boleh baca...malu adikmu nanti...dia bukannya budak kecik..da besar panjang dah..takkan nak marah macam budak-budak..kalau aku pun aku tension....

Tuesday, November 2, 2010

Si Pencari dan Penunggu...


Apa yang akan anda lakukan jika cinta yang dicari tidak datang-datang...mencari atau menunggu. perlahan-lahan mencari atau mencari dengan cara aggresif..hahaha( tu maknanya desperate atau desperado)..aku pun tak dapat nak berikan jawapannya,,sebab aku pun manusia biasa seperti kamu sekalian yang sentiasa memerlukan cinta dan kasih sayang dan juga ingin memberi cinta dan kasih sayang....kalau nak mencari disyorkan tetapi kalau nak menunggu pun boleh juga sebab kita tak tau bila dia datang..

Kepada sang pencari cinta...carilah dengan teliti dan bijaksana..jaga tingkah laku, mana-mana kelakuan yang tidak sepatutnya harap diperbetulkan,,memang betul kita perlu jadi diri sendiri tetapi mana-mana yang jelik tu harap korang buanglah...kita yang mencari jadi kena komersialkan diri sendiri.Anggaplah ia macam perniagaan dan sebagai peniaga kita semestinya ingin memastikan produk kita berkualiti..jadi kita perlu ada kualiti dalam diri kita supaya orang lain tertarik dan terpesona dengan apa yang kita ada.Sentiasa mencari ilmu pengetahuan..tahu keadaan semasa tak kira samada politik,sukan,hiburan, bahkan masakan sekalipun (untuk persediaan dating..kalau terkedu tak tahu nak cakap apa at least korang ada sumber nak diborakkan)..bagi lelaki yang perlu anda tahu...wanita pada mulanya memang akan tengok luaran kita..so 1st impression penting..kena bergaya..kalau pakai kasual pun biar kemas.Kalau dah tahu tak hensem kena le pakai kemas..alaaa belanja la lebih sikit untuk diri sendiri apa salahnya..beli la seluar baju yang up to date sikit..accecories sikit macam jam tangan..glasses.haaa baru le ok..yang dah kacak tu itu merupakan satu bonus untuk anda..

Anda perlukan keberanian...part ni yang mencabar sedikit dan part ni juga wanita tersebut akan melihat kita dan menilai kita secara tidak langsung..samada kita gentlemen ataupun 'lembik'men', 'coward'men atau 'empty'men,apa maksud 'empty'men, 'empty'men adalah masa kita berkomunikasi (mengorat) dia rasa hambar atau rasa awkward(kekok)....hati-hati..masa part ni kita seumpama nak mematikan bom jangka...kalau kita salah potong wayar..habis le kita..selamat jalan please try again...So ayat yang diperlukan semasa mendekati diri dia sebenarnya perlu ayat yang simple sahaja..perlu santai, tak perlu tergesa-gesa, just say hi..for the first time,kalau berbalas ataupun dia senyum maknanya ada can le tu..kalau dia buat tak tau..tak payah duk sengih-sengih lama-lama kat situ..anda tidak berjaya mencuri hatinya.Anda juga kena selalu senyum, pastikan senyum anda ikhlas..jika senyuman anda ikhlas akan terkeluar pesona dalam diri anda...itulah yang dinamakan aura..jika senyuman itu tidak ikhlas semestinya senyuman itu nampak hambar...dan bila anda berjaya mendapat no.telefonnya teruskan dengan part yang ke-2.

Untuk part yang ke2( jika berjaya melepasi part 1) jangan terburu-buru untuk membuat panggilan atau sms..jangan tunjuk kita terlalu excited..stay cool but focus..biarkan dalam tempoh 4 atau 5 jam barulah kita menghantar SMS (aku tengah mengajar korang ke ni..). Hantar SMS se simple mungkin..tak perlu ayat berbunga-bunga..tak perlu madah berhelah dan sewaktu dengannya..just ucapan terima kasih kerana sudi berkawan dengannya.Next step SMS dengannya sekerap mungkin...tanya khabar dan wish goodnite setiap malam.Perempuan ni pelik sikit...mereka akan menumpukan kepada benda-benda yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya penting bagi mereka..so take note on that..dan bila anda rasa dah bersedia untuk keluar dating maka anda telah bersedia untuk ke bahagian seterusnya

Part 3 (untuk keluar dating jika anda telah bersedia)...pastikan pakaian kemas dan tidak selekeh walaupun kasual..pakai kasut jangan pakai selipar..periksa diri anda..kalau anda berjanggut pastikan anda dah trim biar kemas...jangan nampak serabai, potong kuku tangan dan kaki..aspek kebersihan perlu diutamakan..ada sesetengah wanita menilai seseorang dengan melihat jari jemari lelaki, periksa lubang hidung (takut ada bulu hidung yang terkeluar) hahaha..pakai deodorant dan minyak wangi.Semasa mengambilnya untuk dating jangan lupa membuka pintu kereta untuknya dan juga dalam apa-apa perbuatan sekalipun sentiasa dahulukan dia ini penting untuk menunjukkan kita seorang yang berhemah tinggi dan menghormatinya..( jangan kita rasa kita dayus pada tika ini...tundukkan egomu sebentar) .Di meja makan pastikan anda duduk dalam keadaan selesa..semasa berbual selitkan jenaka dan humor..anda perlu ceria semaksimum mungkin..wanita umpama bunga..perlu sentiasa disirami dengan air..buatlah wanita ketawa dengan jenaka anda maka hatinya senang dan gembira.Elakkan cakap besar atau bongkak...jangan menunjukkan kita poyo..kawan-kawan kita pun tak suka kalau kita berlagak apatah lagi dengan perempuan yang baru kita kenal.So.. sentiasa merendah diri dan cakap biar jujur...kalau kita tak tahu sesuatu perkara maka jelaskanlah kita tidak tahu..jangan terperangkap dengan pembohongan diri sendiri

Part ke-4..nampaknya hubungan anda telah maju ke hadapan..tapi belum bermakna anda telah memiliki si dia..anda belum declare apa-apa lagi..so jangan nak duk perasan.Buat macam biasa seperti anda mengenali dia mula-mula dahulu.Jangan tunjuk kita berubah dengan mengongkong atau mempersoalkan diri dia..ingat anda belum ada apa-apa hubungan dengan dia so behave yourself...aku pernah terjumpa dengan seorang mamat yang mengongkong perempuan yang dia minat sehingga perempuan tu meluat..so jangan cuba-cuba nak berlagak jadi 'husband' dia dan mempersoalkan social life dia..dia masih dalam kategori open relationship...sesiapa sahaja berpeluang untuk memikat hatinya dan apabila anda rasa sudah bersedia maka melamarlah dia....tunggulah jawapannya dengan tawakkal dan berserah kepada qada dan qadar..kita hanya berusaha tetapi Allah yang menentukan...

Untuk si penunggu pula...rasanya tak banyak masalah sebab memang dah jenis menunggu ni tak banyak usaha dilakukan hahaha...banyakkan berdoa sementelah anda menjalani kehidupan seperti biasa dengan bekerja dan kawan-kawan.Anda tidak sibuk dengan berkejaran mencari cinta tetapi itu bukan bermakna anda abaikan diri anda.Grooming kan diri anda..manalah tahu ada seseorang yang mengintai dan memerhati anda dari jauh...thats for now dah banyak aku beri tips kepada insan-insan yang perlukan guide untuk mencari cinta..tetapi tak semuanya kau kena ikut satu persatu..kalau korang rasa ada daya kreativiti sendiri so just do what you have to do..aku cuma menambah apa yang patut..bagi kawan-kawan kat luar sana..jangan takut untuk mencuba...jika anda tidak mencuba sampai bila-bila anda takkan dapat...peluang tak selalunya tiba..tetapi kita hanya mencuba dan merancang tetapi ketentuannya Allah juga yang menetukannya...ada orang yang tak pandai mengorat langsung tetapi kahwin jugak...sebab ajal maut jodoh pertemuan ini adalah ditangan Allah..bukan ditangan kita..so yang tak pandai tu janganlah bimbang....hehehe...Assalamualaikum..

Monday, November 1, 2010

Keihklasan..


maaf sebab lama dah tak tulis blog...bukan apa..banyak sangat kerja yang perlu diuruskan selepas balik dari Taman Negara.Cerita kat Taman Negara tiada apa yang menarik sangat...tapi yang menariknya aku belajar apa itu keikhlasan dan penerimaan,,seorang hamba Allah yang aku tak pernah kenal dan jumpa tetapi hati budinya amat menyentuh perasaan..ya Allah..tingginya kasih sayangMu dan nikmatMu...
Selama 2 hari disana hanya sempat naik canopy walk jer..huhuhu...takpalah..lagipun pergi tak lama kalau nak puas hati kena le pergi ke sana seminggu.Naik canopy walk pun dah dekat setengah hari mahunya tak lama...anyway banyak tempat lagi kat sana yang tak sempat so kena pergi lain kali..kali ni nak mintak cuti lama punya..huhuhu.
Kehidupan rutinku seperti biasa...Bukit Tabur postpone dulu sebab keadaan tidak mengizinkan disebabkan hujan..amat merbahaya kepada pendaki..aku xberani tanggung risiko.Kerja ofis makin belambak tambah-tambah nak dekat deepavali ni...dan pagi tadi pergi melawat premis perniagaan yang terbakar kat wangsa maju bersama bos aku..huhu teruk juga kebakaran tersebut dan kemungkinan kebakaran di gudang itu akan menjejaskan aktiviti-aktiviti perniagaan di kawasan sekitarnya..ini yang perlu di buat kajian..huhu

Too kak Lela n family im glad to know you...you are the best...n Milla..jangan nakal-nakal..tapi kalau nakal pun ok jugak...hihi..bye for now..nak solat maghrib..janji lepas ni nak tulis blog banyak-banyak....dan cari bahan yang terbaik untuk dikongsi bersama..chow..assalamualaikum

Thursday, September 30, 2010

open office

letih hari ni ada open house kat ofis aku...errr open office kot kalau bak lebih tepat..tapi yang penting semua nampak gembira dan masing-masing enjoy..,semua pegawai-pegawai kanan datang termasuklah menteri sekali..dapat jugak le bergambar kenangan..tu pun ambik gambar ramai2..segan aku nak ambik sorang-sorang...dan yang paling istimewa tetamu yang terdiri dari rumah anak yatim piatu...dapat le jugak aku layan diaorang ni..semoga diorang bahagia dunia akhirat.

Monday, September 27, 2010

hujan..

..apa yang tidak kena dengan manusia...panas pun merungut hujan pun merungut..kalau tak hujan siap buat solat hajat lagi..kenapa masih tidak bersyukur..hujan adalah anugerah Allah yang tidak terhingga..aku selalu perhatikan orang yang merungut jika hujan turun..membebel sebab program yang dirancang tergendala..tambah-tambah lagi bila dah nak dekat punch out balik ofis lagi lar aku tengok orang kelam kabut...bukan nak membangga diri aku ni jenis orang sabar tapi merungut dan membebel pun ada batasnya..janganlah sampai merasakan hujan yang turun tu menyusahkan kita....kalau hujan pun bukannya satu hari suntuk hujan..paling lama pun 2 jam jer.Tak takut ke kita jika Allah tak turunkan hujan..cuba bayangkan seminggu Allah tak turunkan hujan, kalut kita..empangan dah tahap berjaga-jaga dah..tanaman dah mula tak menjadi..kita pun mudah letih sebab cepat kekurangan air,muka bumi mula gersang...semua kehidupan mula kelam kabut..tu baru seminggu..bayangkan sebulan..setahun..

Kadang-kala hujan ni buat aku befikir secara sistematik dan terancang,jika hujan apa yang akan aku buat..contohnya jika aku nak balik ke rumah tiba-tiba hujan, perkara pertama yang akan aku lakukan cari kedai kopi..lepak ngan kawan-kawan atau keseorangan aku tak kisah..jika berseorangan aku akan perhatikan keadaan sekeliling sebab itu dah hobi aku..tengok dan perhatikan setiap tingkah laku manusia..memorize dan luahkan dalam bentuk tulisan sepertimana apa yang aku buat sekarang ni.Perhatikan gelagat manusia kadang-kadang membuat aku tersenyum sendiri...begitu kerdilnya manusia ini ya Allah.....

Friday, September 17, 2010

..mendung yang mendamaikan


Hari ni KL mendung je..tiada apa yang istimewa kecuali pergi solat Jumaat yang menyenangkan..syukur padaMu ya Allah dengan nikmat yang telah Engkau berikan...undangan rumah terbuka masih diterima,insyaAllah aku akan penuhinya dengan hati terbuka dan riang gembira..haha.tu pun lepas kerja esok baru boleh pergi...aku hantar borang cuti tengah hari tadi.Aku dah rancang untuk ke Taman Negara Pahang 2-4/10 ni..masa untuk melepaskan diri dari kesibukan kota dan mencari ketenangan.Sebelum ini aku anggap melancong ni macam membuang masa,tapi sekarang ni baru aku faham kenapa orang melancong....selepas kita berpenat lelah bekerja mencari rezeki adakalanya kita perlukan suasana baru dan berbeza untuk kita 'lari' sebentar dengan persekitaran kita yang sedia ada..suasana baru ni macam mengecas bateri kita untuk kembali bertenaga dan bersemangat tambahan lagi jika ia melibatkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung...individu yang beriadah dan melakukan aktiviti lasak mempunyai ketahanan mental yang kuat dan mampu berdaya saing...dan itu memang diperlukan dalam kehidupan sekarang yang serba mencabar...jadi pergilah melancong..anggap le ianya macam terapi anda..tetapi yang lebih baik dari segala terapi adalah bersujud kepadaNya..Assalamualaikum...

Thursday, September 16, 2010

cutiiii..

Aaaah lega hari ni cuti 1 malaysia..bleh arr rilek-rilek sikit...pegi klcc cuci-cuci mata lihat perangai orang lepas tu mula la gatal nak tulis..ni bukan mengumpat tau..ni cerita pasal masyarakat..klcc sentiasa penuh dengan orang ramai dan dari pemerhatian aku pelancong dari Arab atau timur tengah menguasai majoriti pelancong asing disini dan aku rasa dari tahun ke tahun kebanyakan diaorang semakin bertambah...macamana aku tahu..hehe..aku ni boleh dikatakan pengunjung setia klcc..sampai orang jaga parking tu pun dah kenal aku....selain pelancong arab klcc ni kebanyakan dikunjungi oleh masyarakat yang boleh dikatakan mewah..ini boleh dilihat dari segi penampilan,cara pemakaian,tak tahu le kalau pemerhatian aku salah..tapi begitulah aku rasa....persekitarannya sentiasa menyenangkan sebab tu lah aku suka kat sini..berbeza dengan tempat-tempat lain kat kl ni...

Berbalik kepada 1 malaysia ni..hari ni adalah hari pembentukan Malaysia yang digabungkan oleh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.. tetapi tak lama kemudian Singapura mengundurkan diri dari pakatan Malaysia pada tahun 1966 tak silap aku..kalau silap betulkan ok..apa yang kita dapat dari tahun 1963 sampai sekarang..kemakmuran..kemewahan dan kedamaian..tetapi kita masih dibelenggu dengan perkara-perkara yang malas sebenarnya untuk dihuraikan...masalah sosial..pergghhh..dari zaman aku kecil sampai sekarang masalah sosial adalah faktor utama dalam negara kita. Pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dah jadi macam buang sampah dah.Ingatkan bila dah ada undang-undang baru ni makin reda masalah ni..tapi...tiada kesan pun..nampaknya orang ni tak takut dengan undang-undang manusia buat.Hari ini keluar dalam suratkhabar Sekolah Harapan di Melaka dah beroperasi kepada pelajar-pelajar hamil..haha..aku harap sekolah macam ni taklah bercambah macam cendawan lepas hujan...aku takut nanti lepas satu-satu timbul sekolah macam ni haru-biru negara dibuatnya...takut juga aku kemungkinan ada yang terpikir "sekolah dah ada..abis tu..kena le ada muridnya..kalau takda murid..membazir duit kerajaan namanya tu"...aduhaii....minta-minta le dijauhkan pemikiran macam ni..takut ada yang ambil kesempatan dengan penubuhan sekolah ni ramai yang cuba menghasilkan pelajar-pelajar untuk diserapkan di sekolah terbabit...

masalah yang lain..pembunuhan...huuuhhh semakin hari semakin ngeri dan prospek pembunuhan juga semakin tinggi profilnya..yang terbaru..pembunuhan Datuk Susilawati dan pembantunya..diharapkan masyarakat tak kaitkan perkauman tentang pembunuhan ni..tu je yang aku takutkan..jenayah tak kenal erti hitam putih..sesiapa sahaja boleh melakukan jenayah..aku tengok ada kat dalam alam maya seperti facebook yang cuba menyerapkan api perkauman...STOP IT..you make this country in mess....suspek dah ditangkap dan biarlah polis menjalankan siasatan.Wartawan di lapangan jangan le masuk ke kawasan larangan polis kang tak pasal-pasal kena tahan..tapi tu le kan kerja wartawan..huhu..pandai-pandailah korang semua nak cari bahan berita untuk tatapan masyarakat..kepada ahli keluarga mangsa takziah diucapkan..berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung kesengsaraan..orang yang kita sayang dah pergi untuk selamanya..begitu juga kes di Negeri Sembilan dimana seorang ustazah dan anaknya mati dibunuh jirannya sendiri..harap suaminya dan keluarga bersabar dengan dugaan Allah s.w.t.

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang aku kenali dan sesiapa sahaja yang membaca blog aku ni.Kepada rakan-rakan ku yang baru mendirikan rumahtangga pada bulan Syawal ni tahniah diucapkan..semoga berbahagia hingga ke anak cucu.Tahniah juga kepada kawan-kawan yang bekerjaya sebagai guru yang dah tahu dapat posting kat mana..harapnya anda gembira dengan pilihan sekolah yang diberikan...kalau tak suka redha saja lah...anda sepatutnya bersyukur dengan posisi anda sebagai guru dalam masyarakat..ramai lagi yang menginginkan kerjaya anda tu...anda semua adalah golongan beruntung kerana dapat hidup senang dengan jawatan sebagai guru..,jadi buatlah kerja dan mengajar dengan penuh keikhlasan..,jangan malas-malas..masa depan negara terletak dimana anda mencorakkan anak-anak murid anda..ni aku lihat kat facebook ada yang post malas nak mengajar....kira hari nak cuti dan macam-macam lagi...hellllooooo....ni ikhlas ke mengajar ni...ke mengajar sebab nak gaji je..haha..jangan terasa ek...gurau maut je..kalau terasa maaf le..

ok kepada yang memandu di lebuh raya tak kira yang kat desa,bandar,lebuhraya..pastikan anda sihat,bertenaga dan terkawal untuk melakukan pemanduan...hari-hari aku hiba tengok suratkhabar tentang kemalangan jalan raya yang merugikan negara..majikan hilang pekerja..hilang produktiviti dan hilang kepakaran..harapnya statistik kemalangan dapat dikurangkan selepas ini...ok lah dah banyak aku tulis ni rasanya..nak simpan untuk lain kali pulak ok..mohon maaf kalau ada kesilapan..choww..Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wednesday, September 15, 2010

mukaddimah

assalamualaikm kepada sesiapa sahaja yang menjenguk blog aku yang tak seberapa ni.....aku pun terfikir juga betul ke apa yang aku buat ni..buat blog?..hihihi..apa yang aku nak tulis?? apa yang aku nak bincangkan??...ada ke orang yang baca blog aku ni??kalau takda orang baca camne??..banyak pulak yang bermain dalam kepala otak aku sekarang ni..atau aku hanya menurut trend orang sekarang ni yang mempunyai blog peribadi masing-masing....memang pun..tapi aku harap ada benda yang aku boleh sampaikan sebab aku terfikir apa yang aku boleh kongsi dengan masyarakat sekeliling aku ni...harapnya aku boleh menyampaikan sesuatu yang terbaik kepada semua yang membaca....semoga dapat kita berkongsi ilmu..ilmu tentang apa sahaja jangan ilmu yang salah sudahlah....dan kita juga boleh berkongsi segala hal berkaitan dengan masyarakat sekeliling, politik negara, alam sekitar, hiburan...kerana kita adalah universal....sesuailah dengan aku yang berkelulusan kemanusiaan yang aku tak tahu prospek kerja bila dah keluar universiti..hihihi...semoga aku dapat berikan sesuatu kepada yang membaca blog aku ni...sebarang teguran membina dialu-alukan,..